Perihal Aku

My photo
INSAN YANG SUKA MENGUNGKAP BAIT BAIT SAMAR SUPAYA MANUSIA DAPAT MELIHAT DARI MATA YANG BERBEZA.

Thursday, September 16, 2010

Raya Terakhir




Tahun ni kalau korg perasan dh kurang iklan raya yang berkualiti. Cari punya cari, aku terjumpa iklan ni. bagi aku mesej yg cuba disampaikan memang tepat kat muka. Aku rasa zaman sekarang ni banyak berlaku kes anak lupa mak bapak. Aku harap aku bukan dari golongan itu dan aku doakan supaya kita semua dijauhkan dari sifat jahat tersebut. Bersyukurlah bagi mereka yang masih mempunyai Mak bapak dan hargailah mereka sebaik - baiknya.....

Bismillah......


Sekejap je masa berlalu, x sedar yang family aku makin berkembang.... ntah apa akan jadi selepas 30 tahun dari sekarang kan??? Dulu aku ingat lagi abang nazrol ngan angah jadi "kedi" kat club golf KKB (ntah hidup lagi ke x club golf tu) sbb nak cari duit lebih sikit.Kita orang rasa bertuah sbb ayah ajar cara nak menilai duit. So kalau nk cari duit, tlg lah ayah buat part time susun kayu ke (kerja paling seksa aku rasa), pergi kerja kilang batu bata, kerja kat Agisson - tampal sticker ( ngan arip anak cikgu latip -sekarang lecturer kat Uitm Arau). Bagi aku segala pengalaman ni yang mematangkan hidup aku. Mungkin time aku kecik dulu aku x paham apa yang ayah cuba bagitau aku dgn mendidik kami adik beradik dengan kaedah begini tp sekarang hasilnya berkesan.Thanks Mak ngan Ayah sebab melayan karenah 6 beradik ni sejak dr kami menyusu sampai sekarang dan kini tanggungjawab tu di serahkan pada kami untuk mendidik anak - anak.